Carian Maklumat di sini

Custom Search

Tuesday, May 14, 2019

Port Dickson bakal jadi lokasi aktiviti selam skuba









Nawar Abdul Karim (kiri) ditemubual dalam rancangan Mornink Blues di Utusan Online hari ini.



KUALA LUMPUR 30 April - Tidak ramai yang tahu perairan di sekitar pantai Port Dickson kini bersih apabila lebih 20 jenis karang hidup subur selepas aktiviti pemuliharaan secara intensif dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) sejak tahun 2013.



Menurut Ketua Pusat Ikan Hiasan Port Dickson JPNS, Nawar Abdul Karim, perairan Port Dickson akan menjadi tumpuan peminat aktiviti selam skuba dan snorkeling apabila muka dibuka kepada orang awam bermula Julai nanti.


"Pertumbuhan karang menunjukan perairan Port Dickson kini lebih bersih. Seperti yang kita tahu karang tidak boleh hidup dan tumbuh dalam kawasan yang tercemar. Tumbuhan ini begitu sensitif dengan tahap kualiti air.

"Kini kawasan sekitar perairan Port Diksons mempunyai lebih 20 jenis karang dan ia sekaligus menarik kehadiran ikan dan hidupan laut lain," kata Nawar dalam rancangan Mornink Blues yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online hari ini.

Menurut Nawar, aktiviti snorkeling dan selam skuba yang dianjurkan secara bersama dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada bulan Julai itu akan turut dihadiri Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, karang yang tumbuh di sekitar perairan Port Dickson ada antaranya hasil konservasi yang dilakukan di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson yang terletak di atas tanah berkeluasan 0.85 hentar di Batu 7, Teluk Kemang.

Nawar berkata, pusat yang dibuka kepada orang ramai kini membiak lebih 20 jenis batu karang dan 40 jenis ikan hiasan dan termasuk menggunakan kaedah teknologi baharu.